bicara hati.



Assalammualaikum~

"Hati itu Allah yang pegang. hati anda,hati saya, hati dia. Maka mintalah ditetapkan dalam iman dengan berdoa."

hati. bicara tentang hati. banyak maksudnya. banyak tafsiranya. dan banyak pandangannya. semua orang semestinya ada hati bukan? ceita ini bukan untuk merungkai isi hati. tapi hanya untuk berkongsi satu kesah yang sedar atau tidak selalu berlaku disekeliling kita.

pernah aku lalui satu masa dimana aku nampak orang lebih menaggung kan benda-benda yang tak sepatutnya diaggungkan. bukan aku kata benda itu salah. tapi kalau boleh jangan lah terlampau sangat sampai kita lupa kita berdiri dimana. dan ada juga satu ketika aku nampak orang lebih pentingkan orang yang bukan halal buatnya lebih dari segalanya.faham itu bukan?

dan disitulah peranan hati sebenarnya. kita sebagai manusia boleh melihat dan berfikir adakahh benda yang kita lakukan itu baik atau pun tidak. kita sebagai tuan punya hati boleh membuat pilihan yang bijak bukan? semestinya anda semua pasti tidak dapat apa yang aku cuba sampaikan. jadi aku ada menyediakan 1 kisah pendek, jadi sebagai pembaca haruslah anda semua mengambil iktibar dengan situasi ini.


A: aku tak suka lah kau macam ni, touching2 bagai.kalau aku jenis yang tak layan orang touching ni.

disini adalah ayat seorang kawan kepada kawan baiknya. yang kadang-kadang agak kurang matang dalam sesuatu hal. hendaklah anda semua tahu hati seorang kawan itu sangat lah bermakna. kita sebagai kawannya haruslah menjaga hati kawan kita dengan baik kerana hati kawan itu mudah sekalii tersentuh. dan dapat kita lihat kawan itu tidak tahu mungkin untuk menjaga kawanya kerana dia lebih banyak menghakimi daripada mendengar.dia lebih banyak  memaki daripada menasihati. jika kawan itu membuat sesuatu kesalahan. semestinya kawan itu akan terkena segala kata2 yang amatlah tak indah langsung.

tapi apabila dengan kekasih hatinya dia amatlah lembut. dan kalau lelaki itu ada membuat kesalahan. dia x pernah marah atau pun meninggi suara. apatah lagi dengan mengatakan kata2 yang tak baik. amatlah mustahil untuk dia keluarkan kepada lelaki tersebut.tak salah untuk bercinta. tapi salah kalau meletakkan dia adalah segala-galanya. dan memandang orang2 lain itu macam perlakon tambahan dalam hidup.yang itu salah. sepatutnya kita haruslah sama rata.cuba fikir kalau kita sudah tiada tempat untuk bergantung dalam dunia ini. siapa yang kita cari? kawan kan?

jadi bersikap adillah kamu wahai manusia. ingat lah bahawa seorang yang baik itu boleh bersikap adil dalam hidupnya. dengan itu barulah hati bersih dari segalanya.ubat hati dendam,Al-Quran,ubat hati hasad,zikrullah, ubat hati marah, selawat. Ubat hati resah, zikir..Pilihlah mana yang anda nak.Semua ada

satu lagi yang aku nak pesan.Lelaki yg merajuk itu bukan comel,tapi mengada ngada. sebab buat apa nak pujuk melainkan dia sudah halal bagi kita. okay? (:

yang terakhir,banyak kan lah berdoa kerana doa itu senjata mukmin,Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan.

sekian.

No comments: