Bila Aku Sedar Sesuatu.


Assalamualaikum.

Pernah tak rasa yang kita satu hari nanti nak pandang masa lepas itu dengan penuh bangga dan kagum? Kita nak bila kita teringat masa lalu kita berkata pada diri "Wow,aku tak sangka dulu aku sekuat itu.dan pernah 
tak rasa yang bila kita lihat masa lepas itu kita rasa menyesal sebab tak gapai peluang yang ada dulu.?

Aku bersyukur kepada ALLAH sebab atas rahmatnya hampir semua kawan2 sekolah aku sudah berubah menjadi yang lebih baik. Secara jujurnya aku sangat mengagumi mereka kerana mereka tidak takut dan kuat semangat unutk berubah menjadi a better person. Taniah sahabat,di harapkan dikau akan sentiasa kuat melawan nafsu dan sentiasa beristiqamah dalam menjalani hidup ini selepas berhijrah.

Dan untuk pengetahuan semua, aku dulu pun pernah rasa macam tu. sungguh aku boleh katakan disini yang hidayah ALLAH itu Ter-sangatlah indah.kau akan merasainya bila hati kau rasa tenang dan bahagia. masa itu macam tiada apa yang kau perlu risaukan. Hanya ada Kau dan Allah sahaja.Dan disitulah kau akan rasa selamat dan menangis apabila menenang kan kembali segala dosa yang telah kau lakukan.

Tapi sayang,aku bukan seperti kawan-kawan aku yang lain itu. Aku tak ambil peluang yang Allah bagi itu dengan sempurna. Ya,memang aku berubah tapi perubahan aku itu adalah bukan yang sepenuhnya.Dan sedar atau tak makin lama aku rasa jauh sangat dengan Dia. Bila difirkan kembali,itulah benda yang aku rasa sangat menyesal sebab tidak ambil dulu. 

Sampai sekarang,aku masih tertanya-tanya. Adakah hidayah Allah itu masih ada dalam hatiku. Ternyata Allah itu betul sayangkan aku. Dia tetap menunggu aku untuk berubah. Walaupun Dia tahu yang aku amat sukar sekali untuk mengorak langkah untuk berubah menjadi baik.Sepanjang masa Dia detikkan dalam hati aku agar aku tidak terleka dengan benda-benda yang tak mendatangkan manfaat pada diri aku.

Insyaa Allah,Ya Allah aku akan cuba sedaya kudratku untuk terus berubah agar menjadi salah satu hamba-Mu yang paling bermakna.Ampun kan aku atas segalanya. Dan bantulah aku untuk sentiasa mencari Hidayah daripada-Mu. Amin~

No comments: